7 Ramadhan 1433H. [MOD] -
RANTAU PANJANG: Markaz Siswazah Kelantan (MSK) terus mendekati rakyat negeri ini kali ini dengan program santai yang dinamakan “Make Colek Bersama Mahasiswa” yang diadakan di Bukit Tandak di sini baru-baru ini.
Program julung-julung kali diadakan itu disertai hampir 100 mahasiswa seluruh Kelantan menyantuni penduduk.
Program bermula jam 5 petang hingga 12 malam itu antara lain turut mengadakan ziarah sekampung, member sumbangan kepada keluarga yang memerlukan serta mengambil keluarga angkat.
Di sebelah malamnya, turut diadakan solat terawih beramai-ramai dan sedikit tazkirah.
Presiden MSK, Firdaus Mohd Yusof berkata, antara objektif program tersebut adalah mahu mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat kampong, menabur bakti kepada mereka disamping mengisi masa cuti mahasiswa.
“ Program-program seperti ini akan diteruskan lagi bagi mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat kerana mahasiswa merupakan orang yang mempunyai kelebihan ilmu dan perlu menyampaikan kepada masyarakat”, ujarbeliau
Kemuncak kepada program terbut ialah pada sebelah malamnya apabila hampir 400 penduduk kampong menyertai makan ‘colek’ bersama mahasiswa.
Pelbagai aneka colek telah dihidangkan dan penduduk kampung juga turut berpeluang mendapatkan hadiah melalui cabutan bertuah yang diadakan.
Turut serta dalam program kemuncak itu adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periuk Ustaz Mohammad Awang.
harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan