27 Julai 2012

Hak royalti mesti dipenuhi tak kira apa parti

7 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada isu berkaitan Royalti Minyak Negeri Kelantan adalah dirujuk semula.

Saya sebagai anak jati Kelantan berpendapat kerajaan Barisan Nasional telah menafikan hak rakyat Kelantan kerana telah merompak royalti minyak negeri ini dengan tidak membuat bayaran royalti kepada kerajaan negeri Kelantan hanya disebabkan perbezaan parti yang memerintah kerajaan Negeri Kelantan.

Saya berpendapat walaupun apa jua perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat secara moralnya hak royalti sepatutnya dibayar kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana ia merupakan hak rakyat kelantan dan patut disalurkan kepada kerajaan Negeri Kelantan bukanya agensi kerajaan pusat.

Sehubungan dengan itu, tidak kira agama. kaum, bangsa semua rakyat kelantan patut menikmati hasil royalti ini tanpa sebarang halangan oleh kerajaan pusat.

Saya juga berpendapat jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat tanpa mengira parti mana yang berjaya membentuk kerajaan negeri hak royalti sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri yang berkaitan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak.

Semoga perjuangan Rakyat Kelantan ini mendapat kejayaan pada PRU 13 nanti.

Sekian salam hormat

Tiada ulasan: