24 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen seperti Datuk Seri Mohammad Nazri Aziz tidak layak dilantik jika mengamalkan mulut yang celupar yang merosakkan imej Islam di kaca mata orang bukan Islam, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Mohammad Nazri yang merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kata-kata yang hina.
Katanya, adalah sangat tidak wajar malah menunjukkan kebiadaban sebagai seorang pimpinan Melayu Muslim terutama pada bulan Ramadhan.
Menurut Mohd Azmi, bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan semua umat Islam menahan segala keburukan peribadi yang tercela.
Ini, ujarnya termasuk menahan lidah dari kata-kata yang buruk bukan sahaja kepada diri sendiri apatah lagi kepada orang lain.
“Kami mendapati inilah akibatnya dari terlalu mendalam perasaan permusuhan politik sehingga batas-batas akhlaq dalam bertutur tidak dipelihara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Nazri tidak peduli betapa kemuliaan bulan Ramadhan sangat menuntut seorang Muslim menjadikan ibadat puasa sebagai benteng menghindari kata-kata yang buruk.
“Beliau nampaknya tidak mempedulikan aikbat dari kata-kata yang buruk dan menghina orang lain. Apatah lagi sebagai seorang wakil rakyat, beliau gagal menunjukkan akhlak yang baik dari segi berbicara.
“Kami kesal bagaimana seorang ahli Parlimen yang sudah lama malah berpengalaman sebagai seorang menteri, menunjukkan contoh yang buruk kepada masyarakat,” ujarnya lagi.
Bagi Azmi, dendam kesumat dalam berpolitik telah melupakan Nazri betapa perlunya menjaga akhlak yang baik dan menjaga tutur kata yang mulia apabila mengeluarkan kenyataan.
“Inilah yang membuat rakyat amat muak dan mual dengan budaya politik di kalangan ahli politik yang terlalu ghairah dengan menyerang musuh tanpa menghirau implikasi kepada akhlak sebagai tunjang kepada keperibadian yang dituntut oleh Islam,” katanya.
Katanya lagi, kenyataan Nazri yang buruk dan kesat itu dikeluarkan dalam bulan Ramadhan yang sepatutnya membina kehalusan kepribadian dalam pelbagai aspek.
Beliau berkata, ahli agama perlu menegur ahli politik seperti itu supaya ia tidak menjadi budaya yang boleh menghina kemuliaan Islam itu sendiri.
Justeru, ujarnya lagi Teras menggesa suatu etika berpolitik Islam diamalkan oleh semua ahli politik di negara ini.
Beliau menambah, budaya memfitnah dan mencerca dengan kata-kata di luar batas akhlak hendaklah dihentikan.
“Kaum muslimin yang peka dan serius untuk melahirkan budaya politik yang sihat dan bermaruah perlu menolak mereka yang bertindak dengan melampau hanya untuk meraih undi,” katanya.
Harakah Daily
2 ulasan:
nazri ni kalau dia bercakap sopan buat orang terkejut, celupar ni dah memang warisan tok nenek dia, memang keturunan kurang ajar. org macam ni lah yang umno suka, org bijak tak akan ada dalam umno.
cuba tengok gelagat anak lelakinya bergambar dengan gadis bukan muhrim dengan keadaan aurat yg terdedah lebih teruk dari gadis kafir..
macam ni kita nak percaya yg nazri ni kalau berckp pasal ugama...
orang mcm nilah yg bakal merosakkan ugama dan akhirnya negara punah ranah,,
Catat Ulasan