11 Syawal 1433H. [MOD] -
KASIH IBU...Sakyah menjaga Selmah yang menghidapi penyakit kulit tahap kritikal di rumahnya.
TEMERLOH: “Apabila melihat keadaan dia saya amat terharu mengenangkan kesakitan yang dialaminya sejak 30 tahun lalu.
“Memang sedih melihat dia terpaksa menahan rasa gatal yang dialami sepanjang masa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk meredakan kegatalan dan menyembuhkan penyakitnya itu,” kata Sakyah Naemat, ibu kepada seorang wanita berusia 56 tahun yang menderita penyakit kulit di sini.
Sakyah, 78, berkata, penyakit yang menyerang anaknya, Selmah Basar mula dikesan ketika wanita itu mengandungkan anak kedua pada usia 26 tahun.
“Pelbagai usaha termasuk menggunakan kaedah perubatan tradisional dan moden dilakukan, tetapi ia tidak mendatangkan perubahan positif, sebaliknya penyakit itu semakin serius sejak akhir-akhir ini.
“Selmah juga sudah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) dan Hospital Raub, tetapi penyakit terbabit tidak juga sembuh.
“Sebab itu, dia terpaksa berulang alik ke Hoshah untuk rawatan termasuk membersihkan kulit yang menggelupas di seluruh badan,” katanya ketika ditemui di Kampung Mempateh, Lanchang, di sini, kelmarin.
Sementara itu, adik Selmah, Abd Wahid, 54, berkata, segala keperluan termasuk penggunaan lampin pakai buang bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan serta ahli keluarga lain.
Menurutnya, disebabkan penyakit kulit itu yang dikatakan pada tahap kritikal, segala urusan berkaitan keperluan diri terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga.
“Sejak akhir-akhir ini pergerakan kakak agak terbatas, justeru, menyukarkannya melakukan perkara harian termasuk makan dan menukar pakaian.
“Memang sedih apabila melihat keadaannya yang terlantar, tetapi kami sudah melakukan yang terbaik dan mendoakan penyakit kakak sembuh,” katanya.
Penderitaan Selmah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang melawat Selmah.
Sharkar yang sudah beberapa kali menziarah Selmah belum mendapat pengesahan daripada pakar perubatan berhubung penyakit yang dihadapi ibu tunggal berkenaan.
“Dalam hal ini, saya minta pakar perubatan tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Selmah selain saya berusaha mendapatkan bantuan alternatif lain,” katanya.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Abd Wahid (No. 106053020422).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan