30 Oktober 2012

Jualan Hyundai meningkat

14 Zulhijjah 1433H. [MOD] - HYUNDAI Motor Company, syarikat pengeluar automotif Korea Selatan menjual 3,183 juta unit seluruh dunia bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, mencatatkan peningkatan 7.9 peratus, tempoh sama tahun lalu. Bagaimanapun, jualan domestik Korea menurun 5.6 peratus kepada 481,403, berikutan penurunan keyakinan pengguna dan kekurangan pengeluaran. Hyundai menjual 2,702,113 unit di luar pasaran domestik, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Hyundai turut menyasarkan untuk menjadikan kesukaran peluang dengan meningkatkan asas syarikat dan mengukuhkan kecekapan dengan mengikuti pertumbuhan kualitatif berdasarkan pengurusan kualiti. Untuk berbuat demikian, Hyundai akan memberi tumpuan dalam melancarkan model strategik untuk pasaran tempatan dan mengukuhkan rangkaian peniaga subsidiari jualan di Eropah. Hyundai kini berusaha untuk menstabilkan operasi kilang ketiga di China dan kilang terbaru di Brazil, di mana kedua-duanya memulakan pengeluaran tahun ini, bagi menjamin kedudukan daya saing dalam pasaran baru muncul, sekali gus bertindak balas kepada permintaan global yang berubah-ubah. Selain itu, Hyundai merancang membangunkan dan menjual model lebih cekap bahan api dan mesra alam. Agency

Tiada ulasan: