16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
AYER KEROH - Sepasang kekasih sanggup berkurung dalam tandas sebaik
saja menyedari rumahnya didatangi sepasukan Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Imigresen Melaka (JIM), di Malim, dekat sini malam kelmarin.
Pasangan warga Indonesia berusia 25 dan 24 tahun itu berbuat demikian
kerana takut dicekup kerana tinggal di negera ini melebihi tempoh
dibenarkan.
Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan,
anggota penguatkuasa terpaksa bertindak memecahkan pintu rumah selepas
ia gagal dibuka, meskipun sudah diketuk selama lebih lima minit.
“Sebaik pintu dipecahkan, kelihatan tiga penghuninya sedang leka
memasak di dapur. Manakala
pemeriksaan dijalankan anggota kami menemui
pasangan berkenaan yang sedang menyorok di dalam tandas rumah
berkenaan," katanya.
Beliau berkata, tiga lagi penghuni rumah berkenaan mempunyai permit
kerja yang sah, manakala pasangan terbabit terpaksa ditahan untuk
siasatan lanjut.
Menurutnya, operasi yang dikenali sebagai Operasi Program Penyelesaian
Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di sekitar
negeri bermula 9 malam kelmarin, dan berakhir kira-kira enam jam selepas
itu.
Operasi diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen Salmah Omar
dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen, Mohd Yusof Hashim
bersama 13 anggota penguatkuasa sekitar kawasan Bukit Beruang, Malim dan
Taman Melaka Raya.
"Seramai 27 orang lagi ditahan, selain tinggal lebih masa, kebanyakan
mereka ditahan atas kesalahan masuk tanpa permit sah dan melanggar
syarat permit atau pas sempadan.
“Mereka terdiri daripada warga Vietnam, China, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, India dan Thailand,” katanya.
SINAR/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan