28 Februari 2013

Mahkamah Mesir arah musnah terowong rahsia

terowong rahsia17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Sejak awal bulan lalu, beberapa rangkaian terowong rahsia ini ditenggelami air sebagai usaha untuk menutup laluan itu. Foto: Reuters
KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin mengarahkan kerajaan memusnahkan semua terowong rahsia yang menghubungkan sempada negara itu dengan Genting Gaza.

Hakim Farid Tanaghou memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati laluan rahsia yang menjadi nadi penting kepada penduduk Palestin sejak lebih tujuh tahun lalu turut digunakan untuk menyeludup senjata.

Sementara itu, peguam Wael Hamdy berkata, mereka perlu mengambil kira aspek keselamatan negara susulan daripada insiden 16 pengawal sempadan yang terbunuh dalam serangan dilancarkan militan, Ogos lalu.

Sebelum ini, tindakan pihak berkuasa menenggelamkan rangkaian terowong bawah tanah di sempadan Rafah-Gaza sebagai usaha untuk menutup laluan tersebut turut mencetuskan kemarahan pemimpin Hamas.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 lagi laluan rahsia yang masih beroperasi walaupun puluhan terowong telah dimusnahkan sejak beberapa bulan lalu. - Al-Jazeera

Tiada ulasan: