17 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kan rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.
MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul
bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat
Polis Daerah Marang, hari ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu
melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada
empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.
Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap
matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga
mencetuskan keresahan masyarakat.
Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin
menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno
BN.
“Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.
“Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak
melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen
untuk parti mereka,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di
pekarangan balai polis berkenaan.
Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu
dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu
adalah fitnah yang direka Umno BN.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38
tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.
Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34,
Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri
adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung
Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi
yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.
Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa
kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat
ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25
Feb lalu berhubung kain rentang itu.
Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.
Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan
kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan
Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.
Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi
menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana
PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit
Chempedak.
Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca
adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam
penggunaan kalimah Allah.
“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang
menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru.
Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk
provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata
(tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan
Dalam Bable Bahasa Melayu.
“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap
pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya yang juga AJK
Pemuda PAS Malaysia.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan