14 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang calon pilihan
raya terbunuh dalam serangan ke atas pusat kawalan tentera di utara
bandar Mosul, 360 kilometer dari barat laut Baghdad, Iraq, semalam.
Dipetik AP, pegawai polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata itu dilaporkan menyerang dua pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul hingga mengakibatkan lima anggota terkorban manakala tiga yang lain cedera.
“Kumpulan itu turut menembak mati seorang calon pilihan raya, Salah Khabat ketika mangsa sedang memandu,” katanya.
Menurutnya, insiden ini akan meningkatkan lagi gelombang keganasan di bandar itu termasuk pertempuran antara penyokong Khabat.
“Sehingga kini masih tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab tetapi kami tidak menolak ia dilakukan oleh militan Taliban yang sedang diburu anggota keselamatan,” katanya.

Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan