Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas pelbagai
dadah bernilai lebih RM30 juta dan menahan 30,297 orang dalam tempoh dua
bulan pertama tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata
pihaknya merampas dadah jenis heroin dan ganja seberat 1,349kg, 2,446
liter dadah cecair jenis syabu dan air ketum, dan 2,841 biji pil khayal.
"Jumlah RM30.67 juta itu adalah lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu RM52.79 juta," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut membongkar enam buah makmal haram dalam tempoh tersebut di sekitar Lembah Klang.
Antara kejayaan yang dilakar polis ialah merampas dadah bernilai RM1.4juta seberat 84.73 kg, dan 1,772 biji pil dalam satu serbuan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 22 Februari lepas; penahanan lapan warganegara Nigeria dan Mongolia dengan rampasan 6.7 kg di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1.38 juta pada 20 Februari.
Pada 5 Februari pula, pihak polis melancarkan Ops Lilac di Kota Kinabalu dan berjaya menahan 13 lelaki dari Malaysia dan Hong Kong di enam lokasi berasingan dengan 123.78 kg dadah dalam bentuk kristal dan serbuk di sebuah makmal haram berjumlah RM15 juta.
Beliau berkata Malaysia masih menjadi pusat persinggahan bagi pengedar dadah dari luar negara.
Hasil kajian JSJN, pengedar dadah dari Pakistan, Iran dan India menjadikan Malaysia sebagai 'transit point' mereka namun pada tahun ini, jumlah tangkapan warga Nigeria dan Iran menurun manakala India meningkat.
"Kalau kita kaji trend tahun ini tangkapan rakyat Iran dan Nigeria menurun secara mendadak...Kebanyakan jenis dadah yang diseludup masuk ke Malaysia adalah dari Pakistan yang membawa heroin, Iran (syabu) dan India (ketamin)," katanya.
Beliau berkata sindiket tersebut terutama dari Nigeria lebih cenderung bekerjasama dengan negara luar antaranya China, Thailand dan Hong Kong untuk menyeludup keluar dadah daripada Malaysia.

Noor Rashid berkata sindiket dari
India lebih cenderung menggunakan lapangan terbang sebagai laluan
menyeludup masuk dadah dengan modus operandi membawa barangan dalam beg
dan menyorokkannya dalam kompartmen beg berbanding Pakistan yang
menggunakan kontena.
"Mereka (sindiket dari India) menggunakan lapangan terbang...seperti lapangan terbang Alor Setar, Langkawi, dan Kelantan (Kota Baharu)," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan