26 Mac 2013

PRU13: Hairie Othman sedia tanding jika ditawar

14 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Hairie Othman

Hairie Othman
SHAH ALAM - Setelah hampir setahun menyertai Pas, pelakon, Hairie Othman akui tidak menolak sekiranya ditawarkan bertanding padaPilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan bila-bila masa.

Namun, beliau menegaskan, tidak mengejar sebarang jawatan atau kedudukan dalam perjuangannya itu.

“Macam yang saya cakap tadi, saya... terpulang. Saya tidak mengejar. Kalau tawaran itu datang pada saya, macam peluang datang, saya tidak menolak.

“Bukan saya berkejar, saya nak, saya mencari... tidak. Tapi kalau dipilih, saya tidak menolak,” kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi di
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau menyifatkan kemungkinan sebarang tawaran untuk menjadi calon kelak sebagai satu bonus.

“Saya hanya aktivis. Tak ada kepentingan apa-apa. Kalau esok dah sampai masa, orang kata sesuai dan ada kredibiliti, kami ingin melantik, kami ingin memberi ruang, itu lain cerita. Bonus. Dan, saya juga tidak rasa rugi. Itu satu pencapaian.

“Kalau saya bercita-cita, oh esok saya nak jadi YB, nak jadi menteri, tapi semua tak dapat, saya kecewa, saya lompat parti lain pula. Ini tak ada integritilah,” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa artis tidak boleh menentukan sama ada dirinya layak atau tidak.

“Jadi, jika dilantik... kalau kita kata tak mahu, orang kata kita layak, itu adalah sebaiknya. Bukan kita melantik diri kita.

“Sebab kalau jadi sesuatu, orang akan hentam kita. Sebab itu, kita tak boleh nak kejar-kejar, nak mencari-cari jawatan,” katanya.

Tambahnya, “kita tak boleh nak letakkan diri kita sudah layak atau tidak. Biar akar umbi yang menentukan kita. Kita tak boleh nak kata diri kita baik, kita bagus. Biar orang lain menentukan,” katanya.

Sinar harian/-




Tiada ulasan: