19 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
MANILA: Presiden Filipina Benigno Aquino pada
Sabtu menggesa anggota kumpulan bersenjata Sulu yang masih berada di
Perkampungan Tanduo supaya menyerah diri untuk mengelakkan pertumpahan
darah berlaku lagi.
Aquino berkata demikian dalam satu mesej kepada kumpulan tersebut
yang diketuai adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III bahawa mereka perlu
menyerah diri tanpa menetapkan sebarang syarat.
Kira-kira 12 anggota kumpulan tersebut maut manakala dua anggota
polis komando Malaysia terkorban dalam insiden tembakan pada Jumaat.
Bagaimanapun tiada komen segera dari keluarga Kiram.
Seorang jurucakap keluarga Kiram berkata, adik Sultan Sulu tidak cedera dalam insiden itu.
Kumpulan tersebut menceroboh masuk ke perkampungan Tanduo sejak tiga minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan