Gambar Kenangan sebulan selepas menjadi ADUN Titi Serong 2008
7 Rejab 1434 H. [MOD] -
Semasa datang ke Kuala Kangsar pada penghujung 2011 saya datang sendirian, namun kali ini saya kembali ke Parit Buntar pada tengah hari 6 Mei sehari selepas tidak menang di Kuala Kangsar dengan dihantar oleh team keselamatan yang masih setia bersama untuk berjuang.
Terima kasih kepada Abg Amir, Ketua team keselamatan yang dengan segera mengumpul dua kenderaan untuk mengiringi saya balik ke kediaman di Parit Buntar.
Hari 6 Mei juga bermulanya saya dengan tiada lagi jawatan dan panggilaan YB yang sekian lama dipanggil oleh rakan dan penyokong sejak 8 Mac 2008. Sebenarnya selepas pembubaran Parlimen pada 4 April saya sudah tidak lagi seorang wakil rakyat, namun hairannya sampai sekarang mereka masih memanggil saya dengan gelaran itu.
Kerana ianya buka atas permintaan saya, yang masih mahu dan sudi panggil YB panggillah, saya rasa tidak merugi mereka kerana itu dan rasanya tidak terlalu hormat hingga saya dapat imbuhan pelbagai kerana panggilan yang masih kekalkan itu, apa lagi saya rasa biasa sahaja.
Atau paling kurang saya YB bagi mereka yang berjumlah 13,136 orang yang mengundi saya di Parlimen Kuala Kangsar dalam PRU ke 13 yang lepas.
Atau paling kurang saya YB bagi mereka yang berjumlah 13,136 orang yang mengundi saya di Parlimen Kuala Kangsar dalam PRU ke 13 yang lepas.
Apa ada pada panggilan, saya tetap Idham Lim seperti dulu, yang tiada cuma jawatan sebagai wakil rakyat sahaja.
Sebenarnya saya lebih selesa dengan panggilan Idham lim sahaja, nama baru idham digabung dengan Lim adalah nama keluarga yang sangat bermakna dalam hidup ini
Selain itu kerana berlatarkan sedikit pendidikan agama di Aceh ramai kenalan dan penyokong memanggil diri ini dengan awalan ustaz. Rasanya ianya lebih mulia dan satu penghormatan yang tinggi, ianya agak selesa dan diharap semua itu satu doa kepada diri ini untuk terus berbakti kepada agama dan jamaah PAS yang saya sayangi.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan kepada agama yang benar ini melayakkan kita dipanggil apa sahaja oleh manusia di dunia.
(bersambung.....)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan