29 Mei 2013

Nasrudin ke Tanah Suci membawa doa TGNA

19 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,29 Mei 2013
(Nasrudin bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu semalam)


TEMERLOH: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan merangkap Ahli Parlimen Temerloh akan pergi berumrah hari ini dan membawa bersamanya doa Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Makkah.

Minggu lalu, Nasrudin  telah sempat bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kota Bharu.

“Sejurus sampai ke Makkah al Mukarramah nanti anta nak doa apa?” tanya Tuan Guru Nik Aziz  kepada Nasrudin.

Lalu Nasrudin membalas, "Ayah Ziq nak suruh ambo berdoa lagu mana?”

Jawab Tuan Guru Nik Aziz, "Kalau ana, ana nak anta doa supaya Allah swt buka pintu hati semua pemimpin negara ini kembali kepada Islam dan mentaati syariah Allah swt..."

Selain itu, Nasrudin berkata beliau juga akan berdoa untuk seluruh warga Temerloh kepada agar dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat kelak.

“Jua bebaskan seluruh warga Temerloh dari pelbagai musibah atau ujian yang tidak mampu dihadapi. Doa saya jua bersama seluruh warga Dewan Pemuda PAS agar terus thabat dan istiqamah bersama prinsip ilmu dan amal Islami mendepani cabaran perjuangan getir ini,” kata beliau.

Nasrudin akan berumrah bersama tetamu kekolaan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Dewan Pemuda PAS Malaysia di bawah syarikat pelancongan An Nuur Travel.

Tiada ulasan: