FMT/-
PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
- Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
- Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
- Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000.
6 ulasan:
elokpun kena tangkap..dah cemuih tengok demo sana sini..meluat.
Hei Tanpa Nama...aku cukup benci manusia spesis macang engkau.
Kalau kita buta hati..pi belajar supaya hati kita terang...Jgn nak jadi barua
Manusia pengecut memang sinonim dengan Tanpa Nama.. Nama yang ibu bapa dia berikan semasa kecil kerana kasih sayang tetapi tidak dihargai. Malu dengan nama sendiri atau bacul dan pengecut? BANGSAT!
Dia pon aku rs tk perlu pon utk ko suka pada dia....dan pada aku ko tu yang buta hati...
banyak makan benda haram..camtulah..org demo tak suka..org nak PR taknak..
Betul tu! Kalo dah hati tu hitam belajar pun dah tak guna..Barua tak dak akai!!!!-anti spesis barua
Catat Ulasan