19 Rejab 1434 H. [MOD]
Harakahdaily/-
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.
Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
5 ulasan:
Saya bersetuju 100 peratus dengan pesanan Tuan Guru Mursyidul Am PAS. Takbir !!! Ahli PAS sampai mati.
... dan untuk selamanya selagi Islam dan Allah tidak dijadikan asas dalam pemerintahan... Amin
Macam mana pulak dengan penyatuan dengan PKR dan DAP??? Pemimpin tertinggi PKR menyokong prinsip liberalism dan pluralism dalam agama manakala salah seorang pemimpin tertinggi DAP menolak sekeras kerasnya HUDUD dan ISLAMIC STATE.
Kenapa kita tidak mahu bermuzakarah dengan seagama kita, mencari titik penyatuan tetapi kita lebih suka menerima mereka2 yang menolak Islam dengan nyatanya. Ingat apa yang berlaku pada kerajaan Islam Andalusia. Mereka berpecah belah tidak bersatu ada dikalangan mereka yang bersahabat dengan bukan Islam untuk menjatuhkan orang Islam sendiri. Akhirnya orang bukan Islam yang mereka panggil sahabat inilah yang menghalau mereka keluar dari Andalus (southern Spain.)
Jangan ambil mudah pesan tuan guru yang berpengalaman luas dalam politik malaysia ni. urusan politik ni bukan sekadar berlandaskan otak matematik tapi juga memerlukan ilham orang2 yg beriman dan soleh.
Salam...byk mengucap artikel ini perlu diperbetulkan apa maksud tersirat TGNA. Sebagai seorang ulamak artikel ini tidak menggambarkan maksud sebenar TGNA.Sepatutnya perlu dijelaskan bahawa selagi Islam tidak diangkat pada tahap sepatutnya maka penyatuan tidak akan berlaku. Tapi kalu artikel ini adalah maksud sebenar TGNA saya memang rasa kecewa dan bersetuju bahawa sejarah pasti akan berulang sebagaimana yang telah berlaku di Andalusia,Baghdad dll..
Catat Ulasan