04 Mei 2013

Pakatan dijangka tebus 5 DUN di Perak

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PERAK Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari pengundian esok, Pakatan Rakyat dijangka kembali menguasai Perak dengan majoriti muda di samping menambah beberapa kerusi Parlimen.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2008, Pakatan memenangi 11 kerusi Parlimen dan 31kerusi DUN di negeri itu.

Bagi kerusi DUN, pemerhati berpendapat, bersandarkan faktor pengundi muda, Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi dengan memenangi kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum lalu, iaitu Pengkalan Baru, Rungkup, Sungai Rapat, Manjoi dan Selama.

Sementara itu, bagi kerusi yang menang dengan majoriti tipis seperti di Changkat Jering ( 899 undi), Pakatan dilihat akan terus kekal bagi kerusi DUN itu kerana kekuatan calonnya.

NONEDi Changkat Jering, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (lihat gambar, kanan sekali) sebagai mampu memberi kredit kepada Pakatan memandangkan beliau sebelum ini merupakan ahli parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, bagi kerusi yang sebelum ini mengalami masalah calon lompat iaitu Malim Nawar dan Jelapang, Pakatan juga dijangkakan mengekalkan kemenangan di kawasan itu tetapi tidak di Behrang memandangkan berlakunya pertandingan empat penjuru di kawasan itu.

Bagi kerusi Parlimen pula, di Kuala Kangsar, PAS dilihat yakin di kerusi itu memandangkan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS). 

NONEDi Kuala Kangsar dijangka akan berlakunya perpecahan undi BN memandangkan Kamilia (kiri) yang sebelum ini merupakan naib ketua wanita Umno dan ketua wanita Umno bahagian sebelum bertanding sebagai calon Bebas.

Begitu juga di Parlimen Lumut yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti 298 undi, kawasan yang majoriti penduduknya merupakan askar Tentera Laut Diraja (TLDM) dijangka akan bertukar tangan berdasarkan faktor calon yang bertanding di kawasan itu, iaitu Laksamana Pertama (B) Abdul Imran Abd Hamid - bekas ketua staf logistik Markas Armada TLDM.

Untuk kerusi Parlimen Bagan Datok, Padang Rengas, Grik dan Tambun, pemerhati berpendapat ia akan kekal kepada BN memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

Bagaimanapun, terdapat juga kerusi Parlimen yang "50-50" kerana sukar untuk dijangkakan siapa akan menang seperti di Parlimen Larut dan Sungai Siput berdasarkan persaingan sengit antara BN dan Pakatan.

NONEDi Sungai Siput, walaupun PKR menang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi pada 2008, ia masih dilihat goyah memandangkan calon BN pada pilihan raya kali ini, SK Devamany mendapat sokongan penuh daripada bekas calon di kawasan itu Datuk Seri S Samy Vellu (kiri Devamany, kanan Samy Vellu) .

Penyandang kerusi itu sebelum ini, Dr Micheal Jayakumar Devaraj dari PKR dilihat bekerja keras di Sungai Siput bagi mengekalkan kemenangannya di kawasan itu.

Di Larut pula, walaupun PAS meletakkan bekas pengarah siasat jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, ia masih tidak menjamin kemenangan Pakatan di kawasan 89 peratus pengundi Melayu itu.

Fauzi yang akan berdepan dengan penyandang kawasan itu Datuk Hamzah Zainuddin yang sebelum ini menang dengan majoriti 1,911 undi dilihat bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangannya di kawasan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut serta turun padang di kawasan itu pada minggu pertama berkempen.MK/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita semua mahu pemimpin yang bersih...
Kita semua mahu pemimpin yang berakhlak mulia....
Kita semua mahu pemimpin yang mementingkan orang yang dipimpin....
Kita semua mahu pemimpin yang jujur dan transparent....
Kita semua mahu pemimpin yang berkaliber....
Kita semua mahu pemimpin yang bijak dan cekap....

Ya... memang semua orang mahu pemimpin yang terbaik..

Tapi untuk esok tidak ada pemimpin yang memenuhi kesemua criteria yang kita mahu..TAPI..

Kita mahu pemimpin yang lebih baik dari yang lain...

Saya sokong BN....

Tanpa Nama berkata...

kome bukan tak tau rate rate tempata yang ade melayu boleh kate bute belake ngape ce pikio tahap agame demi ni macam mane kene kuat tarbiah nye kalau boleh pok nik dgn ustaz azhar turun baru kene dgn deme ni kalau setakat kazim cerite kampung boleh le islam tu sempurna cantik terbaik kuat cerdik dan segala segala nya tapi umat islam melayu masih mundur bodoh labang