29 Jun 2013

Bukan mata duitan tetapi pantang lihat duit lama

20 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pantang lihat duit lama

Abdul Aziz menunjukkan dua wang kertas lama yang disimpan sebagai antara koleksi berharga miliknya.
MARANG – Abdul Aziz Salleh, 50, dekat Gong Merawang di sini, bukanlah mata duitan tetapi dia memang pantang melihat duit kertas atau syiling lama yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dapat memiliki koleksi duit lama memberi kepuasan buat bapa tujuh anak ini, malah kerjanya sebagai peniaga yang sering bertemu dengan orang ramai memberi banyak peluang untuk memenuhi tuntutan hobinya itu.

Bagi Abdul Aziz, semua koleksi wang dan syiling dimiliki menyimpan kenangan tersendiri.
“Malah, aktiviti ini sebenarnya memberikan kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan alaupun tidak pandai untuk menilai wang kertas dan syiling lama yang berada dalam simpanan, sama ada ia bernilai tinggi atau sebaliknya.

“Antara koleksi simpanan peribadi berharga adalah syiling berlubang di tengah dan wang kertas lama dianggarkan sudah berusia lebih 50 tahun.

"Ada juga ditinggalkan arwah ayah dan saya tidak mengetahui mana ia berasal,” katanya. 

Sinar/-

Tiada ulasan: