14 Jun 2013

Gedempol tanpa makan

Foto
5 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram.
Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram.
“Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur,” kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21.

Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan.


Velu berkata, bapa mereka yang berusia 80 tahun menghilangkan diri sejak lebih enam tahun lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

metro/-

Tiada ulasan: