5 Syaaban 1434 H. [MOD] -
PULAU PINANG: Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man akan mempertimbangkan saranan sesetengah pihak supaya MAINPP mempunyai kompleknya sendiri daripada terus menyewa di tingkat 8 dan 9 bangunan Umno, Jalan Macalister.
(Kawasan bangunan Umno Pulau Pinang berkaparan apabila antena di atasnya runtuh. MAINPP menyewa dua tingkat di bangunan ini)
Ramai mendakwa sudah sampai masanya, MAINPP mempunyai bangunan sendiri sekaligus mengambarkan keutuhan agama Islam yang menjadi teras Malaysia.
"Sebenarnya sebelum ini pun ada cadangan untuk berbuat demikian tetapi kita akan tengok hasil siasatan tentang tahap keselamatan bangunan tersebut dulu. Kalau tidak selamat kita akan fikirkan sesuatu, " terangnya ketika dihubungi sebentar tadi.
Malam tadi sekitar pukul 7.00 petang menara antena di bangunan Umno Pulau Pinang runtuh ekoran ribut yang melanda negeri ini. Akibatnya seorang meninggal dan beberapa individu cedera dan kenderaan rosak teruk.
Harakahdaily menerima cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri menerusi kenyataan Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib yang mahukan MAINPP membina Kompleknya sendiri daripada terus menyewa bangunan Umno yang mungkin tidak selamat lagi.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan