5 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdulah menyokong usaha dilakukan pihak tertentu yang mahu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.
“Sejak dahulu pun, kita minta supaya keadilan diberikan.
“Walau pun sudah dibicarakan pegawai polis tertentu itu, tetapi kita tidak tahu apa motif pembunuhan itu dan siapa sebenarnya yang berada di belakang,” ujar Nik Amar.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
“Jadi sebab itu saya menyokong usaha-usaha untuk ‘membongkar’ perkara ini dan memberikan keadilan kepada Altantuya dan keluarga dia.
Mengulas isu ditimbulkan deligasi Mongolia pada Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri Altantuya Shaariibuu di Malaysia seperti disuarakan Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar mendakwa langkah itu memang wajar.
“Tindakan itu wajar dan berharap kerajaan menanganinya dengan baik,” ujarnya.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan