6 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan sokongan terhadap mana-mana badan yang menentang dan membantah penyelewengan pilihan raya umum.
Sokongan itu dinyatakan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap itu.
Nasrudin berkata, sokongan itu dinyatakan kerana pihaknya berpandangan pilihan raya perlu dilaksanakan dengan adil dan telus, tanpa sebarang penyelewengan dan salah laku.
"Kita menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan rakyat jika pilihan raya itu dijalankan dengan adil dan tanpa salah laku. Kalah menang dalam pertandingan itu kita terima," kata beliau kepada media.
Justeru, beliau menyatakan sokongan kepada himpunan Black 505 yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.
Sementara itu, menyentuh soal larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan pada tarikh tersebut, Nasrudin hanya menyerahkan kepada pihak penganjur.
"Kita serahkan kepada penganjur. Jika mereka meneruskan himpunan aman itu di situ, kita teruskan. Begitu juga jika mereka pinda tarikh atau sebagainya," tegas beliau.
Dalam pada itu, Pemuda PAS turut menumpukan perhatian khusus berhubung daftar pemilih dan undi awal bagi persiapan sayap itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Katanya, penumpuan itu akan diberikan bersama jawatankuasa postmortem
yang dibentuk Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS yang turut memberi input kepada jawatankuasa postmortem di peringkat pusat.
Sidang media itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Harakahdaily/-
1 ulasan:
Ini lah pendirian yg kita mahukan....
Membiarkan kezaliman penipuan penginayaan akan menjadikan kita tidak ada nilai budi maruah dan sifat tanggung jawab....
Anjing sekali pun dia akan lari kalau kita kejar..tapi jika ia sudah tidak dapt melarikan diri dia akan berpatah balik dan tunggu ia akan bertindak balas....(Itu Anjing/Binatang)
Kita sudah sekian lama di lakukan berbagai bagai kezaliman penipuan penginayaan....
Apa lagi yg kita tunggu...apa lagi yg.kita nak lihat?
MELAINKAN dalam soal aqidah...umpama yg terjadi pada klurga Ummayah..dia mempertahankan Allah dan Rassulnya...dia di gantung kaki keatas di bogelkan tubuh nya di turis dgn pedang sahingga menemui ajal...maka dia di berikan tempat di syurga...
Tapi kita dlm soal syiasah(POLITIK) tidak bolh di Tipu sepanjang masa...sampai mati pun x kan bolh Menang...
Tanpa kuasa kita tidak bolh melaksanakan dasar kita yg mahu MEMBANGUN BERSAMA ISLAM dan NEGARA BERKEBAJIKAN..
Lawan tetap lawan
In sya Allah.,kita akan Menang...
Jgn Maree.
Catat Ulasan