15 Jun 2013

Penggodam Filipina siar nombor telefon bimbit peribadi Presiden

6 Syaaban 1434 H. [MOD] -


MANILA: Penggodam di Filipina menyiarkan dalam internet apa yang didakwanya nombor telefon bimbit milik peribadi Presiden Benigno Aquino.

Pegawai kerajaan Filipina menyifatkan tindakan penggodam itu sebagai satu 'vendalisme siber' dengan jurucakap Aquino, Ricky Carandang tidak dapat mengesahkan nombor itu milik sebenar Presiden. 



Sekiranya ia nombor telefon yang sahih, ia membabitkan soal keselamatan peribadi Presiden serta rahsia negara. 


“ia satu vendalisme siber dna kami sedang menanganinya. Itu saja yang boleh saya perkatakan sekarang," kata Carandang kepada AFP. 

Tiga nombor 'telefon bimbit peribadi' begitulah tajuk posting dalam laman Facebook semalam yang menggunakan akaun bernama “#pR.is0n3r”. 

Pemilik akaun itu menggesa pengikutnya yang berjumah lebih 9,000 orang agar berkomunikasi secara terus dengan Presiden. 

Bagaimanapun cubaan untuk mendail nombor berkenaan gagal, awal hari ini dipercayai ia sudah ditamatkan. - AFP 

Tiada ulasan: