- Rakyat Malaysia, yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip, tidak perlu mendapatkan visa untuk berkunjung ke Jepun untuk tempoh jangka pendek mulai 1 Julai ini.
- Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berkata kerajaan negara itu memperkenalkan kemudahan pengecualian visa sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Persahabatan dan Kerjasama Asean-Jepun."Perkembangan ini dijangka akan meningkatkan lagi pertukaran antara Jepun dan Malaysia dengan peningkatan pelancong Malaysia ke Jepun serta meningkatkan kemudahan perniagaan antara dua negara," menurut kenyataan kedutaan itu.Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat relevan boleh berkunjung ke Jepun tanpa mendapatkan visa untuk tempoh jangka pendek tidak melebihi tiga bulan berturut-turut.Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tidak memegang pasport biometrik biasa dengan dilengkapi mikrocip dinasihatkan mendapatkan visa sebelum ke negara tersebut.-Bernama
27 Jun 2013
Rakyat M'sia ke Jepun dikecualikan visa mulai 1 Julai
18 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan