17 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Tujuan
Utama Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk
membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi
memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain keperluan semasa
mengerjakan haji di Makkah.
Bagi
golongan yang berpendapatan sederhana dan orang-orang kampung yang bekerja
sendiri, inilah cara mereka menyimpan secara beransur-ansur untuk mengerjakan
haji walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama. Bagi golongan yang berada
dan berkemampuan pula, mereka dengan mudah mengambil kesempatan dengan adanya
perkhidmatan Pakej Haji yang ditawarkan kepada bakal jemaah haji yang ingin
mengerjakan haji tanpa menunggu giliran.
Ramai
dikalangan para pendeposit tabung haji yang sudah berumur dan golongan warga
emas yang belum pernah menunaikan fardu haji terpaksa menunggu giliran kerana
mereka tidak mampu menggunakan pakej haji yang terlalu mahal.
Tujuan
asal Tabung Haji ditubuhkan bukan untuk perniagaan atau sebagai tempat
pelaburan tetapi adalah untuk memudahkan golongan yang berpendapatan rendah
menyimpan duit mereka untuk urusan haji tetapi dengan adanya pakej haji yang
menelan belanja puluhan ribu sehingga mencecah ratusan ribu ringgit menyebabkan
mereka yang menunggu giliran menunaikan haji terpaksa menunggu sehingga lebih
dari 10 tahun keatas untuk dapat mengerjakan fardu haji.
Walaupun
objektif Pelaburan Tabung Haji adalah untuk menjana keuntungan yang mampan dan
pengekalan modal dengan mengambilkira keseimbangan tahap risiko dan pulangan
yang sepadan tetapi perlu diingat matlamat asalnya seharusnya perlu diberi
keutamaan.
Sepatutnya
kouta untuk pakej haji dikurangkan untuk membolehkan golongan warga emas dan
mereka yang belum pernah menunaikan fardu haji diberi keutamaan dan bukan hanya
untuk golongan kaya dan mereka yang pernah menunaikan fardu haji dengan
menggunakan pakej haji ini.
Kita
mengesa pihak Tabung Haji lebih memberi keutamaan kepada golongan yang
sepatutnya pergi mengerjakan haji tanpa perlu menunggu giliran yang terlalu
lama. Kita kasihan melihat keadaan orang-orang yang sudah berumur dan golongan
warga emas yang belum pernah pergi menunaikan fardu haji terpaksa menunggu
terlalu lama disebabkan kuota untuk mereka tidak cukup atau pun sudah diambil
untuk kouta pakej haji.
Cadangan
kita agar Tabung Haji tambahkan kouta khas untuk pendeposit golongan warga emas
dan senaraikan nama mereka yang sudah memenuhi syarat untuk menunaikan fardu haji
diberi keutamaan sebelum diberi kepada golongan muda atau mereka yang sudah
menunaikan haji. Mereka boleh ditemani oleh anak-anak mereka atau keluarga
terdekat mereka, dan pihak tabung haji perlu memberi perhatian akan masalah ini
kerana golongan warga emas patut diberi keutamaan dari membiarkan mereka terus
menunggu giliran yang terlalu lama yang kemungkinan besar sukar bagi mereka
menunaikannya apabila usia semakin meningkat.
Sistem
pentadbiran Tabung Haji perlu dikemaskini agar ianya lebih efisian dan teratur
agar masalah mereka yang menunggu giliran terlalu lama dapat dikurangkan dengan
adanya kouta khas untuk golongan yang sepatutnya diberi keutamaan bukan hanya
untuk golongan tertentu sahaja.
Kita
harap perkara ini dapat dibincangkan secara menyeluruh agar ada jalan
penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin
untuk kebaikan para pendeposit haji dan juga untuk kebaikan umat Islam yang
ingin mengerjakan fardu haji melalui Tabung Haji.
Jofri
Jaraiee
PAS
Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan