Dakwaan dua menteri kabinet yang dilantik Najib memiliki sijil ijazah yang palsu diungkit kembali.
MP Serdang Ong Kian Ming mendakwa, kedua-dua menteri tersebut memperolehi ijazah dari "kilang ijazah" di Preston dan Wyoming, Amerika Syarikat.
"Adakah ini transformasi apabila ada dua menteri yang mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pembangunan modal insan dalam negara kita?
"Ia sangat mengecewakan kerana pada hari pertama Parlimen bersidang, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik dua menteri yang memiliki ijazah palsu daripada institusi yang menjadi pengilang ijazah," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini.
Ong mendakwa, seorang dari menteri tersebut memiliki ijazah bacelor dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland), Teoranta dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Preston University.
Katanya, beliau tidak menemui apa-apa laman web yang dimiliki Chartered Institute of Business Administration Ireland.
Preston Universiti pula sememangnya dikenali sebagai universiti yang palsu, dakwanya.
Seorang lagi menteri berkenaan, dakwanya memiliki ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan dari Golden State University di Wyoming.
Menteri tersebut juga memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Terbuka Komanwel yang berpusat di kepulauan Virgin, dalam jajahan Britain, dakwanya.
"Kedua-dua institusi ini disenaraikan sebagai universiti yang tidak tidak bertauliah dan ijazah yang tidah sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine," katanya.
Sehubungan itu, Ong berkata, kedua-dua menteri tersebut perlu meletakkan jawatan bagi melindungi integriti dan kredibiliti kabinet yang diketuai oleh Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan