(Puluhan ribu penyokong Morsiberarak ke Dataran Raba'ah malam tadi untuk himpunan Jumaat Furqan hari ini)
MESIR: Bantahan terhadap rampasan kuasa Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Morsi yang masuk minggu ketiga, telah menyaksikan ratusan terkorban ditangan tentera yang dipimpian jeneral Abdul Fatah Al-Sisi.
Menurut sumber Ikhwan Muslimin, jumlah korban di kalangan penyokong Morsi mencecah 280 orang manakala lebih 7000 cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap kumpulan penyokong yang berhimpun secara aman di beberapa kawasan.Paling ramai mencatat angka korban adalah pada tragedi "Subuh Berdarah" 8 Julai lalu ketika penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik diserang polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup ketika sedang menunaikan solat Subuh.
Dalam insiden itu lebih 50 dilapor terkorban manakala 300 lagi cedera.
Selain itu juga, sejumlah 800 lagi termasuk pimpinan tertinggi Ikwan Muslimin, pemimpin kumpulan parti Islam lain, ulama dan rakyat biasa yang bersolidariti menyokong Morsi, ditangkap dan ditahan oleh pihak tentera.
Biarpun berdepan pelbagai tekanan oleh pemerintah sementara khususnya pihak tentera, himpunan menyokong Morsi tidak pernah berkurang malah sentiasa bertambah dari masa ke masa.
(Penyokong Morsi sedang menampal poster tertulis "Akan pulang ke istanamu, Akan pulang kepada rakyatmu")
Kini masuk minggu ketiga mereka berkampung dan tidak berganjak dari tempat himpunan yang menjadikan Dataran Raba'ah sebagai pusat tumpuan.
Hari ini sekali lagi himpunan besar-besaran akan berlangsung di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa dan desakan agar Morsi dibebaskan dari tahan tentera dan dikembalikan sebagai presiden.
Himpunan hari ini digelar himpunan "Jumaat Furqan" atau "Jumaat Pembeza".
Biarpun himpunan rasmi akan berlangsung selepas Jumaat hari ini, namun sejak malam tadi Dataran Raba'ah telah dipenuhi oleh penyokong Morsi.
Di sebelah pihak tentera pula, mereka juga menyeru rakyat untuk turun berhimpun di Dataran Tahrir sebagai memberi mandat kepada mereka menggunakan segala kekuatan untuk mengekang dan menyuraikan himpunan penyokong Morsi.
Banyak pihak melihat seruan himpunan oleh tentera ini sebagai cara mendapat persetujuan untuk membuat "pertumpahan darah" bagi menyuraikan penyokong Morsi.
Dalam pada itu, perkembangan terkini di Mesir menyaksikan Kelab Hakim Mesir memecat 75 ahlinya yang mengumumkan sokongan mereka terhadap Morsi.

Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan