LAC MEGANTIC: Pihak berkuasa Kanada berkata, penyelamat setakat ini berjaya mengenal pasti empat mayat dalam nahas kereta api minyak yang meletup, semalam.
Api yang masih marak menyebabkan operasi menyelamat menemui kesukaran menjalankan kerja mencari mereka yang terkorban dan yang masih hilang.
Namun pihak berkuasa yakin lebih banyak mayat akan ditemui di kawasan bencana di perkampungan Lac-Megantic, di Quebec di mana kereta api kargo itu tergelincir sebelum meletup.
Nahas itu menyebabkan lebih 2,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan mencetuskan suasana panik di pekan kecil yang terletak kira-kira 250 kilometer dari Montreal itu.
Jurucakap polis, Michel Brunet setakat ini mereka menemui empat mayat dan yakin lebih banyak korban akibat nahas itu.
Katanya, angka rasmi mereka yang hilang setakat ini berjumlah 40 orang. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan