08 Julai 2013

Jentera muslimat sudah berkampung di Kuala Besut


29 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jentera Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan PAS menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini.



Menurut ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusoff, bagi mencapai matlamat itu, jentera DMPP sudah siap-sedia dan memulakan gerak kerja di Kuala Besut.



"Jentera dan pimpinan muslimat sudah turun ke Kuala Besut dan kita sudah wujudkan gelombang-gelombang untuk bekerja walaupun pada bulan Ramadhan.




"Setiap gelombang selama lima hari, muslimat akan melakukan gerak kerja di sana mengikut giliran.



"Jentera muslimat akan bekerja habis-habisan sebab kita tahu kemenangan kita untuk PRK Kuala Besut sangat penting demi survival kepimpinan Islam di Terenganu," kata beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.



Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, walaupun PAS belum mengumumkan calon yang akan bertanding, namun itu bukanlah menjadi isu penting.



Tegasnya, DMPP menerima siapa sahaja yang akan menadi calon sama ada calon lelaki atau wanita, asalkan ia merupakan calo boleh menang.



"Dewan Muslimat tidak mengira siapa pun calon sama ada lelaki atau wanita, yang penting ialah calon yang layak dan diterima rakyat.



"Muslimat akan memberi sokongan penuh kerana apa yang penting calon itu layak dan boleh mennag untuk mewakili PAS ke Dewan Undangan Negeri," katanya.



Pada PRU13, 5 Mei lalu, PAS meletakkan calon muslimat iaitu Napisah Ismail.



Napisah dikalahkan calon BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar dengan majoriti 2,434 undi.



Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.



Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.



Suruhanjaya menetapkan 12 Julai bagi penamaan calon manakala hari membuang undi pada 24 Julai.



PAS akan mengumumkan calonnya pada esok malam.
harakahdaily/-

Tiada ulasan: