27 July 2013

Guan Eng: Saya tak pernah janji siasat doktor 'rasis'

18 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Ketua Menteri  Lim Guan Eng berkata, beliau tidak pernah berjanji - secara lisan atau bertulis - untuk menyiasat dakwaan doktor 'rasis' kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana hospital terletak di bawah bidangkuasa kerajaan pusat.
    Lim melahirkan rasa terkejutnya kerana didakwa sebagai telah berkata bahawa beliau telah "berjanji secara lisan atau bertulis" untuk menyiasat dakwaan serius mengenai "doktor rasis" di Pulau Pinang.

    Lim berkata, dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hilmi Yahya (kiri) itu adalah "tidak benar" kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menyiasatnya.

    NONE"Hilmi jelas tidak layak untuk menjadi timbalan menteri kesihatan jika dia tidak tahu bahawa hospital kerajaan di bawah
    bidangkuasa pengawasan dan eksklusif kementeriannya dan kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri," kata Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    "Jelas Hilmi sedang cuba untuk melarikan diri dan bersembunyi daripada tanggungjawab dengan melepaskannya kepada kerajaan negeri bahawa tiada tindakan akan diambil sehingga kami menghantar laporan kepada kementerian kesihatan," tambah Lim.

    "Apa laporan yang kerajaan negeri hendak hantar, sedangkan tiada janji lisan seumpama itu dari saya? Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan ke atas doktor di hospital kerajaan," kata Lim.

    Lim bertanya sama ada ini adalah jalan keluar bagi Kementerian Kesihatan untuk tidak menyiasat dakwaan palsu itu, dengan berkata tiada laporan telah diterima daripada kerajaan negeri.

    Katanya, kerajaan negeri bersedia untuk menyiasatnya jika Hilmi sanggup menyerahkan kuasa penuh ke atas hospital kerajaan di Pulau Pinang kepada kerajaan negeri.

    Hilmi telah dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata semalam bahawa Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan siasatan terhadap 'doktor rasis' dari kerajaan Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan secara lisan oleh ketua menterinya.

    Malaysiakini/-

No comments: