27 Julai 2013

Pembangkang ancam boikot pilihan raya Presiden

18 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD 27 Julai - Parti pembangkang utama Pakistan semalam mengumumkan akan memboikot pilihan raya Presiden negara ini sebagai membantah langkah mahkamah membenarkan pengundian diadakan lebih awal.

"Kami tidak mempunyai alternatif lain selain memboikot pilihan raya ini,’" kata Senator Raza Rabbani, calon Presiden dari parti Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Mahkamah Agung Pakistan pada Rabu lalu memutuskan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 30 Julai dan bukannya pada 6 Ogos selepas parti pemerintah mengemukakan aduan tarikh asal itu bertembung dengan penghujung Ramadan.

Menurut mahkamah, kebanyakan ahli Parlimen yang akan memilih pengganti kepada Presiden Asif Ali Zardari kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah. - AFP


Tiada ulasan: