20 Julai 2013

Kenapa SPR kata Seksyen 9A Tidak Boleh Digugur ?

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang melarang campur tangan mahkamah ke atas daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh digugurkan bagi melancarkan proses pilihan raya.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika peruntukan bagi seksyen itu digugurkan, suruhanjaya itu akan berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan sesuatu pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Jika kita benarkan daftar pemilih dicabar di mahkamah, bila kita nak buat pilihan raya? SPR nak guna daftar pemilih yang mana kerana orang asyik mencabar di mahkamah.

Demikianlah alasan yang cuba dikemukan kan oleh pihak SPR pada hari ini.
Alasan ini dilihat tidak lebih dari alasan yang agak rapuh melihat kepada peranan sebenar dan realiti yang ada pada batang tubuh SPR yang sering dipertikaiaan sebagaimana yang dikatakan badan itu telah tidak menjadi tidak adil dan telus dalam tempuh sekian lama.

SPR dilihat sebagi satu badan yang menjadi tidak adil dan memihak serta bekerja untuk memenangkan calon BN pada setiap kali pilihanraya berlangsung.

Satu alasan yangt agak lucu bila Wan Ahmad yang dipetik sebagai berkata "Kalau parti politik atau orang ramai secara berterusan mencabar keputusan mahkamah, kita tidak dapat buat pilihan raya," katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan Pakatan Rakyat (PR) supaya kerajaan menggugurkan pindaan Syeksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak.

Alasan PR dilihat kuat setelah setiap kali bantahan supaya pelbagai keraguan dalan daftar pemilih sering “dipekakkan” oleh SPR. Antaranya supaya dibersihkan daftar pemilih dari pelbagai bukti seperti yang telah meninggal dunia tetapi tidak diendahkan.

Alasan SPR pada hari ini adalah pada anggapan saya adalah untuk mengelak dari segala “penipuan” yang dilakukan selama ini dibicarakan secara terbuka secara berterusan termasuk dicabar dimahkamah .


 

1 ulasan:

Old Trafford berkata...

orang cabar la dah daftar pemilih x bersih..guna jalan raja pun tak jalan.. jadi guna mahkamah je la yg ada pun.