11 Ramadhan 1434H.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang menjadi tetami istimewa pada Iftor Perantau dan tarawih
anjuran Anak-anak Terengganu di Perantauan di Unisel, Shah Alam hari
ini.
Dua selibriti tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali
sebagai Aishah dan Noryn Aziz dijangka akan menyertai majlis berbuka
puasa itu.
”Iftor ini diadakan bagi meraikan anak-anak Terengganu khususnya anak-anak Kuala Besut sempena dengan pilihanraya kecil Kuala Besut,” kata setiausaha penganjur Iftor Perantau, Zulhilmi Abd Rahman.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan anak-anak Kuala Besut di Perantauan untuk bersama-sama bagi mengadakan satu wacana dan dialog ‘16:16 Terengganu Baru – Kuala Besut cipta sejarah’.
”Program Iftor pada hari, ini, 20hb Julai dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 6.00 petang. Satu lagi program iftor dijangka akan diadakan di Besut pada Isnin, 22 Julai,” ujarnya.
Setakat ini, katanya sambutan adalah menggalakkan dan tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubunginya di talian 12-9283560 atau Khuzaini 013-3902165.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan