20 Julai 2013

TG Nik Aziz didiskriminasi sepanjang 23 tahun

11 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily, 20 Jul 2013


BESUT: Rentetan dilarang menunaikan solat Maghrib di Masjid TUDM dekat sini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menzahirkan rasa kecewa apabila sering didiskriminasi sepanjang 23 tahun pemerintahannya di Kelantan.
Beliau tidak pernah sekali pun diberikan peluang untuk ‘memasuki’ tv dan radio, disekat daripada berucap di sekolah kebangsaan dan pelbagai lagi bentuk ketidakadilan yang dilakukan Umno sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan, dipetik http://prkkualabesut.pas.org.my

Meskipun berkondisi sedikit uzur, bekas Menteri Besar Kelantan itu tetap hadir bagi menyokong calon PAS pada PRK Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau mesra dengan panggilan Che Long.

Berucap di hadapan penduduk berhampiran kem tentera udara Gong Kedak, beliau menjelaskan bahawa sekatan dan halangan yang dihadapi, menyebabkan PAS Kelantan mengambil keputusan untuk melaksanakan sendiri projek lebuhraya.

Keputusan itu, katanya disambut baik oleh 'orang Siam' dan masyarakat beragama Budha di Kelantan sehingga mereka bersepakat mengutip derma.

Jlasnya, walaupun Umno Kelantan banyak menimbulkan isu Kerajaan PAS tidak membina masjid namun PAS Kelantan sebenarnya lebih banyak mendidik masyarakat untuk berfikir dan bertindak mengimarahkan masjid.

Mengakhiri ucapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, "ambo tak mahu bercakap banyok, pakat pilih PAS belako dan kalau boleh calon Umno pun pakoh PAS."

Tiada ulasan: