06 Julai 2013

Paraguay umum darurat berikutan banjir buruk

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


ASUNCION (Paraguay): Anggota Kongres Paraguay mengumumkan perintah darurat di negara itu susulan banjir besar yang melanda berikutan hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan sungai melimpah dan memaksa 15,000 terpaksa dipindahkan. 

Kongres Paraguay berkata, langkah yang diambil masih kurang jelas, bagaimanapun, kerajaan negara itu sedang memberikan bantuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan rendah khususnya berdekatan Parana dan sungai Paraguay. 



Perkhidmatan Kaji Cuaca negara itu berkata, banjir buruk yang melanda disebabkan hujan lebat sepanjang bulan ini di Brazil, di mana sungai di Paraguay tidak mampu menampung jumlah air yang melimpah teruk. 


Sungai Parana adalah yang kedua terbesar di Amerika Selatan selepas Amazon. - AP

Tiada ulasan: