30 Ogos 2013

Assad ikrar pertahan negara dari serangan Barat

23 Syawal 1434 H. [MOD] -

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar Assad hari ini berikrar negara itu akan terus mempertahankan diri bagi menentang sebarang serangan barat berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia. 


Dalam masa yang sama, pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadulan meninggalkan Syria dalam tempoh 48 jam ini bagi membawa maklumat yang dianggap penting bagi menentukan sama ada serangan dilakukan. 


Perdana Menteri Britain, David Cameron pula tetap dengan pendirian agar serangan tentera dilakukan terhadap Syria tetapi undian Parlimen menolak usul yang dikemukakan semalam. 


Pegawai Pertahanan Perancis pula secara terbuka berkata, pihaknya sedang menyediakan keperluan mengenai kemungkinan operasi serangan terhadap Syria. 



Pentadbiran Barack Obama pula sedang mengadakan taklimat kepada kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai serangan terhadap Syria. 



AS, Britain dan Perancis menyelahkan rejim Assad berhubung penggunaan senjata kimia dalam serangan pada 21 Ogos lalu terhadap kumpulan pejuang di pinggir Damsyik. 



Kerajaan Syria bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendakwa kumpulan pejuang sebenarnya yang menyerang rejim berkenaan. - A

Tiada ulasan: