30 Ogos 2013

Cameron gagal dalam undian Parlimen serang Syria

23 Syawal 1434 H. [MOD] -

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron gagal dalam undian terhadap usul yang dibentangkan di Parlimen bagi negara itu menyertai rakan sekutunya menyerang Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia.


Beliau gagal 13 undi dalam usul yang dikemukakan di Parlimen semalam, yang menyaksikan undian 285-272 bagi menolak penyertaan Britain dalam mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria.


Undian Parlimen Britain itu melambangkan pandangan rakyat Britain yang tidak mahu negara itu menyertai misi ketenteraan terhadap Syria. 


Cameron berkata sementara beliau percaya bahawa terdapat penggunaan senjata kimia di Syria, beliau tetap menghormati keputusan Parlimen Britian.

Pada awal minggu ini, Cameron dilihat bersedia untuk menyertai Washington dalam kemungkinan untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad berhubung penggunaan senjata kimia. - AP

Tiada ulasan: