KABUL - AFGANISTAN. Sekurang-kurangnya 22 penduduk terbunuh di Afghanistan dan tanah rosak teruk apabila banjir melanda, kata pegawai rasmi, hari ini.


Menurut laporan Reuters, banjir terbaru ini berlaku selepasa beberapa jam hujan, semalam.

Enam daripada mangsa adalah kanak-kanak, kata Pegawai Polis Kanan, Sayed Ekramuddin Jalal.

"Kami sudah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan itu dan mengeluarkan penduduk di situ dari bahaya," katanya.

Beberapa penduduk cedera dan banyak rumah yang musnah.

Sebahagian mangsa adalah pelawat yang datang menziarah saudara mara sempena Aidilfitri.