12 Ogos 2013

Pemimpin Umno tidak berani secara berdepan

5 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika berbahas di parlimen kebanyakan pemimpin Umno berselindung di sebalik meja tetapi di belakang mereka mengumpat, memfitnah yang bukan-bukan.


Itulah resam dunia, sambung Anwar, manusia tidak berani berhadapan dengan golongan yang memperjuangkan kebenaran di mana mereka tetap mencari kepalsuan dengan merobek demokrasi yang adil.

"Dulu lagi saya dah katakan pemimpin Umno ni bukan bijak sangat, bila ajak berdebat lari lintang pukang takut berhadapan tapi bab kata kat belakang mombor satu.

“Rata-rata buat fitnah bagi tahu masyarakat yang pembangkang punya jahat. Kalau menang habislah orang Melayu menderita di bumi sendiri," tegasnya semasa berucap di majlis Aidil Fitri anjuran Pemuda Qariah Kubang Semang semalam.

Selama 15 tahun Umno dan BN katanya, melakukan pembohongan dengan fitnah di media arus perdana tidak berjaya menguasai 2/3 suara di Parlimen.

Katanya, keputusan PRU13 sendiri memberi gambaran bahawa rakyat menolak mereka apabila hanya memperolehi 47 peratus berbanding 51 peratus dicapai oleh Pakatan Rakyat.

Itu jelas Anwar, menandakan Umno BN suatu hari nanti akan musnah apabila kuasa undi bersih dan adil
.

Tiada ulasan: