12 Ogos 2013

Nexus 7 lebih nipis

5 Syawal 1434 H. [MOD] -



Google Inc memperkenalkan generasi terbaru tablet Nexus 7 yang lebih nipis, yang menjadi sandaran syarikat peneraju internet itu untuk mengembangkan kewujudannya dalam perkakasan dan memastikan perkhidmatan dalam taliannya kekal menjadi pilihan pengguna dalam segmen peranti mudah alih.

Nexus 7 terbaru itu dilengkapi pemproses Qualcomm Inc Snapdragon serta resolusi paparan lebih tinggi dan berada di pasaran pada 30 Julai lalu dengan harga jualan AS$229 (RM956) bagi versi asas dengan storan 16 gigabytes (GB).
Tablet asal yang dilancarkan setahun lalu dijual pada harga permulaan AS$199 (RM636) bagi versi storan 8GB. Dikatakan syarikat Internet itu akan membuat keuntungan daripada produk baru itu.
Generasi pertama Nexus 7 yang menandakan kemasukan awal ke dalam peranti elektronik mudah alih, adalah produk yang memberi pulangan modal kepada syarikat itu menurut kata penganalisis.
Nexus 7 yang baru direka supaya ia menguntungkan semua pihak. Google juga menghidupkan semula usaha awal untuk meneroka aspek penstriman video dalam talian dengan pengenalan Chromecast, sejenis alat bersaiz dua inci berharga AS$35 (RM112) yang akan dimasukkan ke belakang televisyen dan membolehkan pengguna menikmati video YouTube dan Netflix menerusi telefon pintar mereka.
Rangkaian Nexus keluarannya, termasuklah telefon pintar dan tablet yang diperbuat oleh Samsung Electronics dan HTC, juga bertindak sebagai rujukan bagi pengeluar di seluruh dunia yang menggunakan sistem perisian mudah alih Android

Tiada ulasan: