22 August 2013

Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Kerajaan Mesir mengarahkan bekas Presiden, Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah selepas dibebaskan dari penjara di mana beliau menghabiskan hukuman dua tahunnya.

Perdana Menteri, Hazem el-Beblawi dalam satu kenyataannya hari ini memerintahkan Mubarak ditahan di rumah sebagai sebahagian tindakan kecemasan untuk bulan ini.
Pegawai penjara berkata, Mubarak mungkin dibebaskan awal iaitu hari ini.
Perintah pembebasan Mubarak dikeluarkan selepas peguamnya membuat rayuan terhadap kes rasuah yang dihadapinya.
Bekas presiden berusia 85 tahun yang digulingkan itu masih berdepan dengan beberapa lagi tuduhan di mahkamah.
Keputusan untuk mengenakan tahanan di rumah itu dibuat kerana bimbang pembebasannya akan meningkatkan lagi konflik yang sedang berlaku di Mesir berikutan Presiden Mohammed Morsi digulingkan tentera, 3 Julai lalu. - AP

No comments: