22 Ogos 2013

Nahas bas di Genting: Kerja menaikkan bangkai bas dijangka hari ini

15 Syawal 1434 H. [MOD] -


BENTONG: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini bagi mengesan sekiranya ada lagi mangsa terperangkap dalam nahas bas yang terhumban dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.

Timbalan ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, seramai 10 anggota pasukan gerakan am dan enam anggota bomba terbabit dalam operasi itu yang turut membawa keluar barang peribadi mangsa kemalangan.
Sehingga jam 10.30 pagi ini usaha menaikkan bangkai bas masih belum bermula.

Tiada ulasan: