22 Ogos 2013

Nahas bas di Genting: 24 mayat sudah dibedah siasat

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 8.30 pagi tadi sebanyak 24 mayat nahas bas yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur petang semalam sudah dibedah siasat.
Dalam pada itu, 10 mayat sudah dikenalpasti dan enam pula sudah dituntut ahli keluarga mangsa.
Ahli keluarga yang berada di sekitar kawasan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur menanti dengan sabar bagi membuat pengecaman dan menuntut mayat mangsa.

Tiada ulasan: