29 August 2013

Langat 2 dipersetujui jika syarat dipenuhi

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju meneruskan pembinaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) dengan syarat projek berkenaan menjadi antara aset yang perlu dimasukkan dalam penstrukturan semula industri air Selangor.


Menteri Besar, Tan Sri Adbul Khalid Ibrahim yang dipetik Harian Metro berkata terdapat dua isu utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat iaitu membabitkan kos operasi dan Langat 2.



"Kita bersetuju untuk meneruskan pembinaan Langat 2 dengan syarat projek berkenaan menjadi antara aset yang perlu dimasukkan dalam penstrukturan semula industri air negeri ini.



"Terdapat dua isu utama yang dibangkitkan sehingga menyebabkan berlakunya perbezaan pendapatiaitu berkaitan kos operasi dan Langat 2.



"Bagi yang berkaitan dengan operasi, kkta boleh katakan ia hampir selesai dan menerima tawaran harga daripada kerajaan negeri. Kalau hendak harga tinggi, perkara itu mesti diselesaikan di peringkat Timbang Tara Antarabangsa," jelasnya.



Khalid yang turut memberitahu, pembinaan projek tersebut dan penstrukturan semula industri air antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan dimasukkan dalam perbincangan meja bulat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.



Selain itu juga beliau turut menjelaskan perkara tersebut juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat Exco semalam tetapi bukan hanya tertumpu kepada Langat 2 sahaja, malah turut mengenal pasti sumber air lain yang ada di Selangor.

Harakahdaily/-

No comments: