29 August 2013

Polis tahan anggota kongsi gelap rekrut pelajar sekolah

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

Ipoh: Polis Perak tahan seorang anggota kongsi gelap yang mengaku merekrut pelajar sebuah sekolah menengah di sini menjadi ahli kumpulan itu.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata polis sedang menyiasat lelaki itu yang ditahan baru-baru ini termasuk mengenal pasti kumpulan pelajar yang menjadi sasaran. 

Katanya, siasatan juga dibuat selepas polis menerima maklumat bahawa kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah berusia antara 15 dan 18 tahun untuk menjual dadah kepada rakan mereka yang lain. 

Dalam pada itu, beliau mengesahkan seramai 46 orang ditahan dalam Ops Cantas Khas di Perak. Katanya, operasi yg bermula 1 Ogos lalu itu memeriksa 5,164 orang. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan IPK Perak.

1 comment:

Anonymous said...

jangan bagi muka lagi bertindak dengan tegas kepada musuh negara kecil besar jangan pilih pilih lagi