26 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily, | 02 Sep 2013 |
MESIR: Keluarga Dr. Muhammad Badi'e menafikan dakwaan dan berita yang tersebar kononnya Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir itu telah meninggal dunia dalam tahanan tentera di dalam penjara Torah.
Laman web rasmi Ikhwanonline melaporkan bahawa Mursyidul Am yang sedang ditahan oleh tentera Mesir itu berada dalam keadaan baik dan kesihatan juga dilaporkan baik.
Kenyataan itu dipetik dari menantunya, Ahmad yang membuat penjelasan ekoran berita palsu yang tersebar.
Ahmad juga menafikan berita yang tersebar bahawa Mursyidul Am itu diserang sakit jantung dan cedera di muka akibat dibelasah sewaktu siasatan.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas ziarah pertama keluarga mereka menemui Dr.Badi'e di penjara yang menempatkan beliau seorang diri dan Mursyidul Am itu tidak dibenarkan bertemu dengan rakan seperjuangan yang lain yang turut diahan di dalam penjara yang sama.
Ahmad juga memberitahu, hanya isteri dan anak-anak Dr.Bad'ie yang diizinkan untuk melawat dan Mursyidul Am itu.
Sejak semalam tersebarnya berita kononnya Muhammad Badi'e meninggal dunia ketika soal siasat tentera akibat serangan jantung.
Selain ikhwan, laman berita MENA turut menafikan laporan itu.
Mereka yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir mengatakan bahwa Badi’e berada dalam kesihatan yang baik, dan menambahkan bahwa kesihatan Badi’e sangat bergantung kepada kerjasama Ikhwan dengan pemerintah sementara yang didukungi tentera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan