02 September 2013

Rumah Terbuka Idul Fitri PAS Miri Mendapat Sambutan Dari Berbagai Kaum dan Agama

26 Syawal 1434 H. [MOD] -

PAS Miri telah mengadakan ramah-tamah rumah terbuka Idul Fitri di sebuah restoran di Permyjaya pada 1hb september yang lalu. Kali ini PAS Miri meraikan sambutan Hari Raya Idul Fitri bersama anak-anak yatim dan juga penduduk di sekitar kawasan perumahan Permyjaya dalam DUN Senadin, Miri.

Terdapat berbagai jenis hidangan makanan tempatan dan minuman disediakan untuk para pengunjung pada majlis tersebut. Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat seperti YB Ling (DAP), YB Fong (DAP) YB Dr Teo (PKR), YDP PAS Miri, Dewan Himpunan Penyokong PAS, ahli, penyokong dan juga penduduk tempatan dari berbilang bangsa dan agama turut hadir meraikan majlis tersebut. Selain itu Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi juga turut hadir bersama pimpinan Muslimat PAS negeri Sarawak.

Pada majlis tersebut juga diadakan pemberian ‘duit raya’ kepada kanak-kanak dari berbilang kaum dan agama. Dengan adanya majlis seperti ini PAS Miri berjaya merapatkan dan mengeratkan hubungan silaratulrahim antara semua kaum dan juga dengan penduduk tempatan yang sebelum ini belum mengenali PAS secara dekat. Bila mereka hadir pada majlis PAS bersama rakyat, ini akan dapat memberi gambaran yang jelas bahawa PAS adalah Parti yang sesuai diterima oleh semua golongan.

Sambutan yang sungguh mengalakan ini akan diteruskan, supaya masyarakat akan dapat menilai yang PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Tiada ulasan: