21 September 2013

"Saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik'

14 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Sejarah mungkin ditulis oleh pihak yang menang, tetapi bagi bekas pemimpin komunis Chin Peng, tidak kisah sama ada beliau menang atau kalah.

"Pada hakikatnya, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.

"Berjaya atau tidak lain perkara, yang penting ialah usaha yang saya lakukan ke arah tersebut," katanya dalam surat terakhir yang ditulisnya.


Diedarkan kepada para pengunjung yang menziarahinya di Bangkok, dalam surat bertajuk 'Hajat terakhir saya', beliau berharap perjuangannya akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda. 

"Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam."

Chin Peng, yang merupakan setiausaha agung Parti Komunis Malaya, meninggal dunia dalam buangan di Bangkok pada Sep 16, pada usia 89 tahun .

Malaysiakini

Tiada ulasan: