25 September 2013

Syiah: Kerajaan serius atau sekadar modal politik

18 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa kerajaan BN tidak serius untuk menangani isu syiah sebaliknya isu itu sengaja dicipta sebagai modal politiknya.

Katanya, isu syiah segaja digembar-gemburkan oleh kerajaan pada waktu tertentu misalnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Ketika mencelah dalam dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, Khairuddin berkata, golongan syiah yang ada di dalam negara ini adalah sebuah kumpulan yang dikenali bukannya kumpulan haram.


Ini, katanya berdasarkan memorandum Majlis Syiah Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 6 Jun 2013 yang siap tertera alamat yang terletak di Taman Melawati.


Tambahnya, dalam kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum ini turut mengesahkan seramai 250,000 penganut Syiah di Malaysia.


"Saya hendak tahu, sejauh mana kerajaan serius terhadap syiah atau dibuat sebagai modal politik pada waktu tertentu sahaja," katanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan isu itu sengaja dimainkan untuk tujuan politik. 


Bagaimanapun beliau setuju sekiranya Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus itu sedia menyalurkan maklumat berhubung gerakan syiah ini kepada kerajaan.


Harakahdaily

Tiada ulasan: