24 September 2013

300 protes bantah perobohan sekolah Cina di Pudu

17 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Kira-kira 300 orang berkumpul bagi membantah hasrat pengambilan tanah dan perobohan sebahagian daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Woo oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


Perobohan itu dijadualkan hari ini tetapi ditangguhkan kerajaan.

Kumpulan itu berkumpul di gelanggang bola keranjang di perkarangan sekolah di Jalan Pudu, Kuala Lumpur itu.

Bercakap kepada hadirin, pengerusi lembaga sekolah Oo Tin Fuan berkata, kerajaan hanya menangguhkan tindakan itu dan tidak membatalkannya.

"Jika kerajaan jujur, ia patut batalkan pengambilan tanah dan kerja-kerja perobohan," kata Oo.

Beberapa wakil daripada NGO pendidikan diri, termasuk pengerusi persatuan lembaga pengelola sekolah Cina Dong Zong, Yap Sin Tian turut menyertai bantahan itu.

Malaysiakini

No comments: